Monday, 28 December 2015

Kelayakkan Untuk Mengikuti Program Ijazah Farmasi di IPTA/IPTS

 Entri ini dedikasi khas buat rakan-rakan blogger yang merupakan bakal penuntut atau mak dan ayah anak yang teringin untuk mengikuti Program Ijazah Farmasi di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau swasta (IPTS).  Untuk makluman, kelayakkan yang terkini ini adalah info yang diberikan oleh Lembaga Farmasi Malaysia kepada semua institut yang ada menawarkan program ijazah tersebut.  Dianggarkan ada lebih kurang 32 institut yang menawarkan program Diploma Farmasi dan juga Ijazah Farmasi di seluruh Malaysia.  Arahan yang telah dikeluarkan oleh Lembaga Farmasi Malaysia ini sangat penting untuk memastikan kualiti graduan yang mempunyai kelayakan ijazah farmasi ini terpelihara dan mencapai standard yang sepatutnya.


Syarat-syaratnya adalah seperti berikut:

1.  Jika cara kemasukan melalui keputusan STPM, syaratnya hendaklah CGPA 3 dan ke atas sekurang-kurangnya B dalam subjek Kimia.  Syarat tambahan pula adalah Wajib Lulus Bahasa Malaysia dan Inggeris dengan sekurang-kurangnya mendapat gred C dalam SPM atau setara. Wajib lulus MUET dengan mendapatBand 3.

2. Jika cara kemasukan melalui keputusan A-Level, syaratnya hendaklah memperoleh 3A atau 2A1C atau 1A1B1C dalam subjekBiologi, Kimia, Fizik atau Matematik dengan sekurang-kurangnya B dalam subjek Kimia.
(Dengan merujuk Sistem Skor Universities and Colleger Admission Services (UCAS) yang dilaksanakan di United Kingdom bagi keputusan A-Level iaitu ketetapan skor A+ = 140, A=120, B=100, C=80). Keperluan 3B dalam subjek kimia seperti yang dicadangkan oleh pihak Lembaga Farmasi Malaysia (LFM) bersamaan dengan jumlah skor 300).

3. Jika cara kemasukan melalui Matrikulasi atau Pra-Pengajian Farmasi/Perubatan,  syaratnya adalah mendapat GPA 3.0 ke atas dengan sekurang-kurangnya B bagi Kimia.

4. Jika cara kemasukan melalui Foundation of Sciences, syaratnya hendaklah mendapat GPA 3.5 ke atas dengan sekurang-kurang B dalam Kimia.

5. Jika kemasukan melalui Diploma Sains (Kimia, Fizik atau Biologi), syaratnya adalah CGPA 3.75 dan ke atas termasuk Buntuk subjek Kimia

6. Jika masuk melalui kelulusan Diploma Farmasi, syaratnya adalah CGPA 3.50 dan ke atas.

7. Jika kemasukan melalui lulusan ijazah pertama dalam sains, syaratnya adalah mendapat CGPA 2.75 (Bersamaan Gred C+) dan ke atas.

8. Bagi para 3,4,5 dan 6 syarat tambahannya adalah perlu mendapat sekurang-kurangnya gred B dalam 5 subjek SPM ini iaitu Biologi, Kimia, Fizik, Matematik Tambahan dan Matematik.  MUET at least Band 3.

Kesimpulannya ialah, sesiapa pun calon yang ingin mengikuti pengajian ijazah farmasi perlulah sediakan mental dan keputusan SPM yang kukuh dan layak agar sebarang permohonan anda ke universiti atau kolej di Malaysia ini tidak ditolak.  Kepada yang dah berjaya masuk ke alam kefarmasian, all the best

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Salam, kalau masa sekolah menengah ambil science stream yang ada Physics, Chemistry, but no Biology (ganti dgn Lukisan Kejututeraan), boleh ke kalau mak ceburi bidang farmasi?

    ReplyDelete