
http://ainifarmasi.blogspot.my
Tahukan anda, mungkin ada antara kita yang mendapat tawaran pengajian sains farmasi ni. Apakah sains farmasi ini? konsep apa yang dipelajari? prospek kerjayanya?
Pengajian sains farmasi ini juga salah satu bidang yang baik untuk anda pilih. Sejajar dengan kemajuan dunia serta cara hidup yang rendah kualitinya membuatkan ramai yang menghidapi penyakit walaupun penduduk yang semakin bertambah. Bidang sains farmasi ini banyak ditawarkan di universiti awam dan juga segelintir di universiti swasta. Contoh di peringkat ijazah ialah Ijazah Sarjana Muda Farmasi ( kepujian ). Kebiasaannya kursus ini tempoh belajarnya adalah 4 tahun.
Apakah yang dipelajari ?
Kebiasaanya bidang ini mempunyai target sukatan yang bercirikan seperti dibawah :
- Fisiologi, iaitu cara badan berfungsi untuk asas memahami tindakan dan kegunaan ubat yang diambil
- Kimia Farmaseutik, peranan prinsip-prinsip kimia bagi mengkaji ubat-ubatan, sifat-sifat fizikokimianya dan perhubungan struktur dengan aktiviti biologi ubat, dan kaedah-kaedah analisis bagi mengawal dan mengenalpasti mutu ubat.
- Teknologi Farmaseutik, belajar cara memfomulasi dan menyediakan ubat dalam bentuk dos, rekabentuk dos baru, kaedah-kaedah perusahaan farmasi, pengawalan mutu, pengawalan mikrobiologi, serta aspek-aspek biofarmasi dan farmakokinetik untuk kegunaan pengguna.
- Farmasi sosial dan pentadbiran, belajar aspek-aspek farmasi sosial, pentadbiran, pengurusan seperti ekonomi, tingkahlaku dan dasar ubat ubatan.
- Farmakologi, ia lebih melibatkan penggunaan ubatan dalam rawatan termasuk cara penyerapan, taburan, metabolisme, ekskresi drug, mekanisme tindakan, kegunaan serta kesan sampingan.
- Farmasi klinikal, belajar kaedah memilih ubat untuk merawat dan mencegah penyakit-penyakit tertentu.
Kerjaya dalam bidang farmasi
- Hospital adalah paling sinonim termasuk hospital-hospital di universiti, angkatan tentera, kerajaan dan juga swasta.
- Bertugas dalam pengurusan dalam syarikat-syarikat farmaseutikal Multi-nasional dan tempatan
- Menyambung pengajian sebagai pensyarah dengan terlibat dalam akademik dan penyelidikan
- Terlibat dalam industri Farmaseutikal ( pengeluaran dan jaminan, mutu, pemasaran serta penyelidikan dan pembangunan ubat-ubatan )
Kebiasaanya juga pelajar akan berkhidmat dalam bidang seperti perkhidmatan farmasi pesakit luar, bekalan wad, kaunseling ubat-ubatan, maklumat drug, farmasi onkologi dan pelbagai lagi.
Sumber : Bidang Pengajian Sains Farmasi - Xpresi
No comments:
Post a Comment