PELUANG PENGAJIAN PERUBATAN, FARMASI, PERGIGIAN & ULUM ISLAMIAH DI MESIR UNTUK PELAJAR LEPASAN SPM
Kepada : Ibu Bapa, Abang Kakak, Adik-Adik, Pelajar-Pelajar, Bakal Doktor, Bakal Ahli Farmasi, Bakal Doktor Gigi dan Alim Ulama’. Disini Saya ingin mengucapkan terima kasih kerana meluangkan masa untuk berkongsi ilmu, pengetahun dan pengalaman bersama. Diharapkan ilmu ini dapardikongsi bersama ahli keluarga dan rakan taulan yang lain. Kita dimaklumkan bahawa bidang perubatan merupakan bidang profesional yang menjadi impian dan diminati oleh ramai pelajar dan menjadi harapan ibubapa untuk menajadikan anak-anak mereka digelar DOKTOR.Bidang perubatan menjanjikan peluang kerja/karier yang cerah dengan menjanjikan pendapatan yang lumayan. (W.H.O telah menetapaan untuk bergelar sebuah negara Maju, nisbahnya harus 1;400 (doktor/bilang penduduk setempat) perlu dicapai)
Doktor akan memikul tanggungjawab yang besar, mencabar dan yang pastinya adalah kerja sebagai doktor adalah MULIA, dan golongan doktor ini dihormati dalam masyarakat tanpa mengira bangsa mahupun agama.
Tidak hairanlah mengapa ramai pelajar lepasan MATRIKULASI, ASASI, A-LEVEL dan STPM berlumba-lumba memperolehi CGPA 4.00 untuk bersaing untuk mendapat tempat dalam bidang perubatan di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Sayangnya tidak kesemua permohonan pelajar diterima walaupun mendapat CGPA 4.00. Pada thaun 2011, seramai 3018 orang pelajar MATRIKULASI mendapat CGPA 4.00. Sedangkan IPTA dalam Malaysia dianggarkan hanya menampung 1200 tempat sahaja (berdasarkan kiraan 12 IPTA yang menawarkan kursus perubatan dan 100 pelajar baru untuk satu fakulti).
Bagaimana pula dengan pelajar MATRIKULASI, ASASI, A-LEVEL yang hanya mendapat CGPA 3.00? Pelajar Lepasan Diploma? Pelajar SPM? Persaing yang sengit ini menyebabkan ramai pelajar beralih arah ke Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan. Tetapi bukan semua pelajar berkemampuan untuk menanggung kos pengajiannya ada yang mencecah hampir RM400,00!!!. SENARIO PENGAJIAN IJAZAH SARJANA MUDA FARMASI DI MESIR Bagi Pelajar Lepasan DIPLOMA FARMASI di Malaysia yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah, peluang mereka adalah sangat terhad dan hanya sekadar menjadi “Pembantu Farmasi“. Lembaga Farmasi serta Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mensyaratkan bahawa graduan lepasan DIPLOMA harus mendapat PNGK 3.8 di peringkat DIPLOMA untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah dan perlu bermula dari Tahun 1 bersama-sama pelajar kelulusan MATRIKULASI, STPM atau ASASI dari IPTA tempatan. Pengalaman bekerja selama 2-3 thunTIDAK DIAMBIL KIRA. Tetapi di Mesir, pelajar-pelajar yang memohon hanya memerlukan SPM untuk memasuki program IJAZAH SARJANA MUDA FARMASI selama 5 tahun. Program Clinical Phramacy tersebut diiktiraf oleh badan pengiktirafan seperti Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Lembaga Farmasi.KLIK DI SINI UNTUK LIHAT SENARAI PENGIKTIRAFAN OLEH LEMBAGA FARMASI (Malaysia Medical Council ) KLIK DI SINI UNTUK SEMAK SENARAI PENGIKTIRAFAN OLEH JPA KENAPA MENYAMBUNG PENGAJIAN PERUBATAN DI MESIR 1. Malaysia mempunyai hubungan baik dengan Mesir sejak berpuluh tahun dahulu di mana ramai pelajar-pelajar Malaysia menuntut dalam jurusan Agama Islam di Universiti Al-Azhar. 2. Bahasa Pengantar/ Bahasa Utama dalam pengajian di Universiti-Universiti di Mesir adalah dalam BAHASA INGGERIS. Bahasa Arab hanya perlu untuk bermuamalat dengan masyarakat tempatan. 3. Rakyat Mesir amat menghormati rakyat Malaysia dan menganggap rakyat Malaysia sebagai tetamu, sahabat dan seAgama dengan mereka. 4. Kos sara hidup sangat rendah iaitu separuh daripada nilai Ringgit Malaysia. Perbandingan MataWang: RM0.5 = L.E 1.0 (L.E ialah Pound Egypt) (Sila semak matawang semasa) 5. Yuran Pengajian adalah TERMURAH jika dibandingkan dengan Universiti-Universiti Awam di Malaysia, Indonesia dan Rusia. 6. Majoriti masyarakat Mesir adalah Islam (muslim), berbudaya, mudah untuk mendapatkan makanan halal dan segala aktiviti ibadah tidak mengdatangkan permasalahan kepada rakyat Mesir malah mereka menggalakkan pelajar untuk menuntut ilmu fardu Ain & Kifayah dengan lebih mendalam lagi. Contohnya ketika amalan Solat Tarawikh di Mesir pada bulan Ramadhan, Pengajian Agama di Masjid-Masjid dan sebagainya. 7. Rakyat Malaysia di Mesir yang tinggal di sana (untuk belajar, bermastautin, bekerja serta berkahwin) adalah lebih kurang 11,000 orang. 8. Program Perubatan, Pergigian, Farmasi & Ulum Islamiah hanya dibuka untuk golongan BUMIPUTRA MUSLIM sahaja. 9. MARA, JPA juga menghantar pelajar tajaan mereka ke universiti-universiti di Mesir terutamanya di Univerisiti Al-Azhar dan Universiti Alexandria.
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN 1. BUMIPUTERA MUSLIM 2. Lulus SPM Bdalam semua subjek terutamanya dalam matapelaran SAINS TULEN




- BIOLOGY,
- FIZIK,
- KIMIA,
- MATEMATIK TAMBAHAN,
- MATEMATIK TAMBAHAN
No comments:
Post a Comment